Assalamualaikum..Salam sejahtera buat pembaca, perkongsian saya kali ini ada beberapa pertanyaan ditujukan kepada saya dan diri sendiri bagi sesetengah pihak.. Pertanyaan pertama adalah Kenapa bayaran takaful nie mahal?
Jawapan: Tak mahal lah. Saya sebenarnya bukan
minta tuan membayar kpd takaful, tetapi menyimpan dalam takaful. Kenapa?
Kerana takaful dapat memberi pampasan atau 'hibah' kpd isteri serta
anak jika berlaku kematian kpd tuan sepanjang tempoh tuan menyimpan
wang. Kalau tuan ditakdirkan hidup tetapi lumpuh atau kurang upaya,
simpanan serta pampasan inilah yg dapat mengurangkan
beban keluarga tuan menyara hidup di rumah. Kalau sedikit tuan
menyimpan, sedikitlah covernya.... Soalan: "YA LAA.. TAPI DI LUAR
KEMAMPUAN SAYA LAH" Jawapan: Sekarang tuan berada dalam keadaan sihat
kurang mampu buat simpanan. Bagaimana pula semasa tuan dalam keadaan
kurang upaya nanti? Lagipun duit mmg setiasa tidak cukup.. cuma orang yg
sedar saja membuat persediaan walaupun kurang kemampuan. Soalan: MACAM
MANA TAHU SAYA BAKAL LUMPUH, LAGIPUN SAYA ADA SIMPANAN DALAM BANK!"
Jawapan: Alhamdulillah tuan ada buat simpanan..Mmg kita tak tahu apa
takdir kita, tetapi saya jamin tiada siapa tahu nasib kita esok.
Sanggupkah tuan ambil hasil simpanan tuan bekerja bertahun2 dan habiskan
dalam sekelip mata? Kos hospital, kos rawatan, kos isi rumah, anak
sekolah, kereta, rumah bukannya murah! Siapa nak tolong bayarkan..
Company? Kerajaan? Majikan? Kalau mati, mahukah tuan lihat simpanan
dalam bank yg tak seberapa itu difaraidkan kpd keluarga selain dari anak
dan isteri sendiri,dan perlu dikongsikan dengan adik beradik lain? Saya
yakin, sewaktu kita sakit, tiada bank mahu membuat loan kpd kita. Nak
jual aset pun perlu makan masa yg lama.
Soalan: "SAYA DAH ADA INSURANS DAH".
Jawapan: Tahniah tuan, dalam ramai2 prospek tuan lah yg paling sedar
akan kepentingan perlindungan diri.. Di sini saya nak nyatakan Muzakarah
Majlis Fatwa Kebangsaan bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi
insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira
sebagai harta tidak patuh syariah dan wajib dilupuskan atau disalurkan
kpd baitumal. Dalam takaful kita bukan saja menyimpan tetapi dikira
ibadah kerana patuh Syariah. Dapat pahala banyak! Mencari yang halal itu
fardu! Soalan: "KALAU MCM TU SAYA FIKIRKAN DULU LAH". Jawapan:
Alhamdulillah, keputusan ada ditangan tuan, tugas dan niat saya cuma
menolong tuan membuat keputusan terbaik sahaja. Saya tidak memaksa atau
meminta2. Kebaikan ini cuma tuan saja yg perolehi. Kami sebagai
perunding ucapkan terima kasih kerana sudi mengambil tahu akan
kepentingan takaful ini. Tetapi jika tuan datang dalam keadaan sudah
tidak boleh ditakafulkan lagi, saya mohon maaf kerana gagal yakinkan
tuan membuat keputusan sebelum ini..
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah Agensi Al-Isra' Associates Sdn Bhd yang mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima Kasih Atas Lawatan Anda -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Medical Card
Takaful Health 2 -
WE UNDERSTAND
WE CARE -
PruBSN Series
Senarai Manfaat PruBSN Series -
RECOMENT for you
Terbaik buat anda sekeluarga -
Ingat 5 perkara
Sebelum 5 Perkara
No comments:
Post a Comment