Demi Masa...Sesungguhnya manusia didalam
kerugian; melainkan mereka yang berimandan yang beramal soleh. Gunakan
kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal...
"sediakan payung sebelum hujan"
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Sihat sebelum Sakit
2. Muda sebelum Tua
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati
Tanya lah pada diri anda sendiri... Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan? Memastikan agar
keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas
kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang
dan keperluan-keperluan lain.
Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda
berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau
kemalangan.
Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM500 Ribu sehingga RM 1.5 Juta
Terdapat 5 keperluan utama bagi seseorang dalam membuat keputusan untuk mendapatkan pelan Takaful.
1-Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon) -Melindungi keluarga daripada
kerugian kewangan akibat kematian tidak dijangka. Meninggal dunia pada
usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam
Barzakh, tapi yang ditinggalkan adalah ahli keluarga & orang yang
tersayang, terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai
tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana
mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah.
Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan
kewangan keluarga pun akan terhenti. Suami dan Ayah tidak boleh diganti,
tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau
mengambil plan takaful agar dapat meringankan beban yang di tanggung
oleh waris yang di tinggalkan.
2-Hilang Keupayaan (Living Too
Long) -Melindungi diri daripada kerugian pendapatan akibat kecederaan /
sakit /penyakit. Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah.
Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan
setelah bersara? Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan
menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja
daripada menyimpan.
3-Hidup Terlalu Lama (Living Death)
-Merancang untuk persaraan. Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal
keseluruhan (TPD). Kita fikirkan....perlu tak untuk mempunyai sejumlah
wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami
TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2
mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk
teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?.
Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara.....ya..mereka akan bantu, tapi
alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga
tanpa membantu dari segi kewangan. Sebab kewangan telah ditanggung oleh
Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di
tanggung oleh Pihak Takaful.
4-Masa Depan Anak-anak (Child
Education) - Simpanan untuk pendidikan anak-anak. Hadiah yang paling
berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG
SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di
Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak
biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar,
sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa
yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah
yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan
untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Sebagai
Perunding Takaful saya sedia membantu anda, memberi khidmat nasihat dan
tunjuk ajar secara percuma bagaimana untuk menyediakan simpanan
pelajaran untuk anak anda yang mempunyai ciri2 berikut "SECURED,
IMMEDIATE, GUARANTEED". Melalui plan simpanan pendidikan yang di
tawarkan oleh pihak PruBSN anda tidak perlu risau dengan simpanan
pendidikan anak-anak anda kerana setelah ketiadaan anda (meninggal
dunia) atau anda di sahkan mendapat salah satu daripada 36 penyakit
kritikal (sila klik untuk rujuk senarai 36 penyakit krikital) serta di
sahkan lumpuh (TPD), simpanan pendidikan anak anda akan di beri percuma
yang di tanggung oleh tabung dana Takaful (Tabarru') sehingga umur anak
anda mencapai 25 tahun (tempoh matang polisi).
5-Wariskan
Kekayaan. - Simpanan & pelaburan. Bagaimana untuk mewariskan
kekayaan? Buatlah simpanan & pelaburan dengan Plan Insuran Hayat
Takaful. Setelah kita tiada lagi di dunia ini segala simpanan, pelaburan
anda & jumlah perlindungan hayat (sum covered) akan diwarisi oleh
suami/isteri, anak-anak & waris anda. Sekurang-kurangnya setelah
ketiadaan anda, dapatlah mereka (waris) hidup dengan selesa tanpa
meminta bantuan dari sesiapa (sanak saudara, badan2 amal, Baitul Maal,
Jab. Kebajikan Masyarakat).
Melalui Pelan Takafulink
membolehkan kesemua keperluan ini dapat dipenuhi dengan hanya melalui
satu sumbangan bulanan yang mampu dibayar mengikut kadar kemampuan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan & untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya..
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah Agensi Al-Isra' Associates Sdn Bhd yang mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima Kasih Atas Lawatan Anda -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Medical Card
Takaful Health 2 -
WE UNDERSTAND
WE CARE -
PruBSN Series
Senarai Manfaat PruBSN Series -
RECOMENT for you
Terbaik buat anda sekeluarga -
Ingat 5 perkara
Sebelum 5 Perkara
No comments:
Post a Comment