Terlalu banyak insurans pun tak boleh jugak...Nak bayar banyak ni..silap2 dah xboleh nak makan dah...
Kalau anda dah ada insurans jom kita cek insurans apa yang anda ada...
Pertama bawa keluar buku polisi atau polisi apa-apa sahaja insurans yang ada
Dalam situ ada tulis
1.Death (bermaksud kematian atas apa-apa sebab dan tempoh sampai bila)
2.Critical Illness (mungkin ada/ mungkin tiada .. ini untuk cover 36 jenis penyakit kritikal)
3.Accident (pampasan untuk kemalangan / cacat kekal bermaksud jika anda
terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan anggota anda terputus baru
diberi pampasan..mungkin ada / mungkin tiada)
4. Medical card (mungkin ada / mungkin tiada.. bermaksud untuk membayar bil rawatan hospital
Jika anda berumur 30 tahun dan membayar hanya RM 20-50 sebulan..
bermaksud insurans anda hanya mungkin mempunyai Item no.1 dan no.3
sahaja..
Jika anda membayar RM 100 keatas, bermaksud insurans anda mempunyai semua item diatas dan lengkap..
TETAPI sejauh mana ianya lengkap..
Jom kita lihat
Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda untuk seisi keluarga..
Bahagikan jumlah perbelanjaan anda dgn pampasan kematian (item no.1 ) anda tadi...
Sebagai contoh : Perbelanjaan anda hanyalah RM2300 sebulan dan jumlah pampasan kematian ialah RM50,000 shj..
50,000 / 2300 = 1.8 tahun (1 tahun 8 bulan) bermakna jika anda
meninggal hari ini, keluarga anda hanya dapat bertahan selama 1 tahun 8
bulan sahaja.
Untuk membuatkan keluarga anda selesa, Bank
Negara Malaysia mencadangkan anda mempunyai simpanan selama 10
tahun..bermakna RM 2300 x 10 x 12 = RM 276,000..
Ini bermaksud anda kekurangan RM 226,000.. Bagaimana pula nak dapatkan jumlah RM226,000 dalam masa yang singkat?
Jawapannya ialah menambah insurans kematian bernilai RM 200ribu dengan
hanya RM 150 sahaja yang akan melindungi anda selama 100 tahun (faktor
bergantung pada umur,kelas pekerjaan dan status merokok)..wang insurans
kematian ini akan dibayar kepada anda walaupun kematian anda disebabkan
kematian sakit tua atau secara tiba-tiba..
Ingat..keluarga anda
akan lebih merana jika anda tidak menyediakan apa yang mereka perlukan
dan bukannya apa yang mereka mahukan..
Dan barulah ianya lengkap 100%
Disclaimer : "Saya adalah seorang agent di bawah Agensi Al-Isra' Associates Sdn Bhd yang mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan wakil kami untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci"
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima Kasih Atas Lawatan Anda -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Teruskan Membaca
Semoga Bermanfaat -
Medical Card
Takaful Health 2 -
WE UNDERSTAND
WE CARE -
PruBSN Series
Senarai Manfaat PruBSN Series -
RECOMENT for you
Terbaik buat anda sekeluarga -
Ingat 5 perkara
Sebelum 5 Perkara
No comments:
Post a Comment